Daripada Abu Zar RA
katanya, Rasulullah SAW bersabda “ Sesiapa yang pergi ke Masjid pagi atau
petang, Allah akan sediakan baginya di dalam syurga, hidangan dan jamuan setiap
kali dia pergi atau balik”.
SENTIASALAH BERWUDHUK
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu') maka
Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan
berucap 'Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari
dalam keadaan selalu suci'". (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)
AKIBAT BANYAK KETAWA
Daripada Abu Hurairah r.a., bersabda Rasulullah SAW: "Jangan kalian banyak ketawa, kerana banyak ketawa itu mematikan hati."
JAUHI MENGUMPAT
Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).
JAGA LIDAH
'Umar berkata, Rasulu'llah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa mencegah lidanya daripada memperkatakan kehormatan orang, niscaya ditutup oleh Allah auratnva (hal-hal yang memalukan kalau diketahui orang lain)”.
Dirawikan Ibnu Abid-Dun-ya
RAPATKAN SAF
Sabda Rasulullah S.A.W,
"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya."
(HR Abu Daud)
"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya."
(HR Abu Daud)
KEBAIKAN BERSEDEKAH
Daripada Adiyie Hatim radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw
bersabda, "Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh
buah kurma.”
Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.
Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.
MENGAWAL KEMARAHAN
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Apabila seseorang di antara kamu marah dan dia sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk, sesungguhnya yang demikian itu akan menghilangkan marahnya, dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring”.
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim."
PESANAN UMAR AL KHATTAB
Umar al-Khattab r. a berkata, di antara 9 jenis anak syaitan terdapat namanya
Haffaf.
Dia berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
Dia berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
PESANAN RASULULLAH SAW
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu.”
(Hadis riwayat Imam Malik)
(Hadis riwayat Imam Malik)
PESANAN UMAR AL KHATTAB
Umar al-Khattab r. a berkata, di antara 9 jenis anak syaitan terdapat namanya
Wathiin.
Dia pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
Dia pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
PESANAN UMAR AL KHATTAB
Umar al-Khattab r. a berkata, di antara 9 jenis anak syaitan terdapat namanya Zalituun.
Dia duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
Dia duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
TIDAK BAIKNYA KITA MEROKOK
Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa? Sebabnya : ✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..! ✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..! ✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...! ✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!! ✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...! SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK..... (̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok... Alhamdulillah..
KELEBIHAN SURAH AL IKHLAS
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.
KEPENTINGAN SOLAT
Diriwayatkan dari Hazrat Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”
(Hadith riwayat Imam Muslim)
(Hadith riwayat Imam Muslim)
KELEBIHAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)
KELEBIHAN MEMBACA DOA SESUDAH BERWUDHUK
Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan 'abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi)
Langgan:
Catatan (Atom)