BERCITA-CITA UNTUK SYAHID

“Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh(yang gugur syahid)pada jalan Allah itu mati.(Mereka tidak mati) bahkan mereka itu hidup (secara istimewa)di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" ali-imran:169

SEMOGA BERJUMPA MALAM LAILATULQADR

Rasulullah saw. telah bersabda, “Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir”. (H.R : Muslim )

BAHAYA KEKENYANGAN

Luqman al-Hakim pernah menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan), dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah."

SOLAT TERAWIH

Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu”.

JANGAN SIA-SIAKAN PUASA

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji."  (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

JANGAN LUPA KITA BERNIAT

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat, dan setiap orang mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan."
( H.R Bukhary dan Muslim).

BANGUN SAHUR

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – Hadith dari Ibnu Umar.

MARI ZIARAH KAWAN KITA

"Ya Allah, sembuhkanlah si fulan." (HR. Al-Bukhari)

TIADA ALASAN TINGGALKAN SOLAT

Rasulullah s.a.w bersabda :
Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama.

AMALAN BULAN RAMADHAN

"Semulia-mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

BERPUASA KERANA ALLAH

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

KURANGKAN MAKAN

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. : "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

SIHAT BILA BERPUASA

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."

MASA YANG SESUAI KITA BERDOA


Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda: "Doa tidak ditolak di antara waktu azan dan iqamat" 
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) 

MAAFKANLAH DIA

Para ulama telah menegaskan, “Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan.”

RAJINLAH BEKERJA

“Sesungguhnya seseorang yang membawa tali, kemudian dia membawa seikat kayu dipunggungnya dan menjualnya, sehingga dengan itu Allah menjaga dirinya, maka yang demikian itu lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, yang terkadang memberinya dan terkadang menolaknya.” (H.R Bukhari – Muslim).

WASIAT IMAM HASAN AL BANNA

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah."

 

BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.


FAEDAH BERWUDHUK

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw, “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU.”


RAPATKAN SAF

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf."

MARILAH BERSUGI


Nabi saw bersabda yang bermaksud,  "Dan satu solat dengan bersugi adalah lebih baik dari 70 solat yang tidak bersugi".

MARILAH BELAJAR

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

SELALU INGATKAN MATI

Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya, sabda Nabi s.a.w, Banyak ingatkan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) di dunia”.

SIFAT ORANG BERILMU


Imam Ali bin Abi Thalib  berkata, "Ada tiga sifat orang berilmu iaitu Ilmu, Sabar dan Diam."

PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA

Setiap anak adam itu boleh melakukan kesilapan,dan sebaik-baik insan yang bersalah ialah yang bertaubat. (Hadith riwayat Imam Ahmad)

SEDEKAH PENGHAPUS DOSA

Menurut H.R. At Tirmidzi, Rasulullah saw telah bersabda, "Sedekah menghapuskan dosa, seperti air memadamkan api".