KEKAYAAN YANG MEMBINASAKAN

Demi Allah, bukan kefakiran yang aku bimbangkankan terhadap kalian, tetapi yang aku bimbangkan adalah jika kekayaan dunia dilimpahkan kepada kalian sebagaimana telah dilimpahkan kepada orang-orang sebelum kalian, kemudian kalian akan berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka berlumba-lumba dan akhirnya dunia itu membinasakan kalian sebagaimana ia telah membinasakan mereka. (Shahih Muslim)

JANGAN MENZALIMI HAIWAN

Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai." (HR. Bukhari)

JANGAN SOKONG KEZALIMAN

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”. (Surah Hud:113)

BERCITA-CITA UNTUK SYAHID

“Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh(yang gugur syahid)pada jalan Allah itu mati.(Mereka tidak mati) bahkan mereka itu hidup (secara istimewa)di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" ali-imran:169

SEMOGA BERJUMPA MALAM LAILATULQADR

Rasulullah saw. telah bersabda, “Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir”. (H.R : Muslim )

BAHAYA KEKENYANGAN

Luqman al-Hakim pernah menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan), dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah."

SOLAT TERAWIH

Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu”.

JANGAN SIA-SIAKAN PUASA

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji."  (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

JANGAN LUPA KITA BERNIAT

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat, dan setiap orang mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan."
( H.R Bukhary dan Muslim).

BANGUN SAHUR

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – Hadith dari Ibnu Umar.

MARI ZIARAH KAWAN KITA

"Ya Allah, sembuhkanlah si fulan." (HR. Al-Bukhari)

TIADA ALASAN TINGGALKAN SOLAT

Rasulullah s.a.w bersabda :
Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama.

AMALAN BULAN RAMADHAN

"Semulia-mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

BERPUASA KERANA ALLAH

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

KURANGKAN MAKAN

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. : "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

SIHAT BILA BERPUASA

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."

MASA YANG SESUAI KITA BERDOA


Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda: "Doa tidak ditolak di antara waktu azan dan iqamat" 
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) 

MAAFKANLAH DIA

Para ulama telah menegaskan, “Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan.”

RAJINLAH BEKERJA

“Sesungguhnya seseorang yang membawa tali, kemudian dia membawa seikat kayu dipunggungnya dan menjualnya, sehingga dengan itu Allah menjaga dirinya, maka yang demikian itu lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, yang terkadang memberinya dan terkadang menolaknya.” (H.R Bukhari – Muslim).

WASIAT IMAM HASAN AL BANNA

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah."

 

BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.


FAEDAH BERWUDHUK

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw, “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU.”


RAPATKAN SAF

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf."

MARILAH BERSUGI


Nabi saw bersabda yang bermaksud,  "Dan satu solat dengan bersugi adalah lebih baik dari 70 solat yang tidak bersugi".

MARILAH BELAJAR

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

SELALU INGATKAN MATI

Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya, sabda Nabi s.a.w, Banyak ingatkan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) di dunia”.

SIFAT ORANG BERILMU


Imam Ali bin Abi Thalib  berkata, "Ada tiga sifat orang berilmu iaitu Ilmu, Sabar dan Diam."

PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA

Setiap anak adam itu boleh melakukan kesilapan,dan sebaik-baik insan yang bersalah ialah yang bertaubat. (Hadith riwayat Imam Ahmad)

SEDEKAH PENGHAPUS DOSA

Menurut H.R. At Tirmidzi, Rasulullah saw telah bersabda, "Sedekah menghapuskan dosa, seperti air memadamkan api".

RAJINLAH KE MASJID

Daripada Abu Zar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “ Sesiapa yang pergi ke Masjid pagi atau petang, Allah akan sediakan baginya di dalam syurga, hidangan dan jamuan setiap kali dia pergi atau balik”.

SENTIASALAH BERWUDHUK

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan berucap 'Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci'". (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)

AKIBAT BANYAK KETAWA

Daripada Abu Hurairah r.a., bersabda Rasulullah SAW: "Jangan kalian banyak ketawa, kerana banyak ketawa itu mematikan hati."

JAUHI MENGUMPAT

Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).


JAGA LIDAH

'Umar berkata, Rasulu'llah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa mencegah lidanya daripada memperkatakan kehormatan orang, niscaya ditutup oleh Allah auratnva (hal-hal yang memalukan kalau diketahui orang lain)”.
 Dirawikan Ibnu Abid-Dun-ya

RAPATKAN SAF

Sabda Rasulullah S.A.W,
"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya."

(HR Abu Daud)

KEBAIKAN BERSEDEKAH

Daripada Adiyie Hatim radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.”
 Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.

MENGAWAL KEMARAHAN

Sabda Rasulullah saw  yang bermaksud,  "Apabila seseorang di antara kamu marah dan dia sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk, sesungguhnya yang demikian itu akan menghilangkan marahnya, dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring”.

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim."

PESANAN UMAR AL KHATTAB

Umar al-Khattab r. a berkata, di antara 9 jenis anak syaitan terdapat namanya Haffaf.
Dia berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).


PESANAN RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu.”
(Hadis riwayat Imam Malik)

PESANAN UMAR AL KHATTAB

Umar al-Khattab r. a berkata, di antara 9 jenis anak syaitan terdapat namanya Wathiin.
Dia pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.




PESANAN UMAR AL KHATTAB

Umar al-Khattab r. a berkata, di antara 9 jenis anak syaitan terdapat namanya Zalituun.
Dia duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


GERSANG

  Gersangnya daratan kerana kurangnya air ,
Gersangnya jiwa kerana kurangnya IMAN .

TIDAK BAIKNYA KITA MEROKOK

Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa? Sebabnya : ✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..! ✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..! ✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...! ✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!! ✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...! SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK..... (̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok... Alhamdulillah..

KELEBIHAN SURAH AL IKHLAS

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

KEPENTINGAN SOLAT

Diriwayatkan dari Hazrat Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”
(Hadith riwayat Imam Muslim)

KELEBIHAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

KELEBIHAN MEMBACA DOA SESUDAH BERWUDHUK

Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan 'abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi)

WASIAT RASULULLAH PADA ALI



Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tandanya :
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang JUJUR itu ada 3 tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang  TAQWA itu ada 3 tandanya :
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya :
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.