Rasulullah SAW pernah
bertanya sebuah teka-teki kepada para sahabat: "Siapakah antara kamu yang
dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil
untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali
(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk Kitab
Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya bersamaan dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.