Aku (Nabi) datang pada pintu syurga di hari kiamat, maka aku minta dibukakan pintu itu, maka berkata penjaganya, "Siapakah engkau ini ?". Maka aku berkata, "Muhammad". Maka berkata orang yang menjaga pintu, "Aku diperintahkan bahawa jangan membuka pintu syurga bagi seorang pun sebelum engkau".
Riwayat Ahmad dari Anas
Keterangannya :
Pintu syurga tidak akan dibukakan bagi seorang pun sebelum Nabi Muhammad saw dan di waktu Nabi Muhammad telah datang ke pintu syurga, barulah pintu itu dibukakan oleh yang menjaganya (Malaikat Ridhwan). Demikianlah perintah Allah swt kepada penjaga syurga dan Nabi Muhammad adalah orang yang mula-mula memasukinya.