HADITH 10

ORANG YANG BERAKAL DAN YANG BODOH
 
Sabda Rasulullah saw. ,"Hai anak Adam! Ikutlah perintah Tuhanmu, nescaya engkau dinamakan orang yang berakal dan janganlah engkau menderhakai-Nya bilamana begitu nescaya engkau dinamakan orang yang bodoh."
Riwayat Abu Na'im daripada Abu Hurairah
Keterangannya :
Orang yang mahu menurut perintah Allah, dirinya akan selamat berbahagia dan itulah sifat orang yang berakal. Dengan akalnya, dia dapat berfikir bahawa Allah swt yang patut disembah dan ditaati kerana itulah Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan segala isinya.
Adapun orang yang menderhakai Allah, hidupnya akan mendapat laknat dan kesengsaraan. Akalnya tidak digunakan untuk berfikir sehingga menyembah dan berbakti kepada selain Allah dan menjadikan dia manusia yang sesat. Oleh sebab itulah, orang-orang sebegini dinamakan manusia yang bodoh.