NASIHAT JIBRIL KEPADA RASULULLAH
Telah datang kepadaku (Nabi) akan malaikat Jibril dan dia berkata, "Wahai Muhammad! Hiduplah sesuka hatimu, maka bahawasanya engkau akan mati, dan cintailah apa yang engkau cintai maka sesungguhnya engkau akan bercerai dengan kecintaanmu itu, dan beramallah apa yang engkau kehendaki maka sesungguhnya engkau itu akan mendapat balasan dan ketahuilah bahawa semulia-mulia orang mu'min ialah orang yang bangun malam hari (bersembahyang tahajud) dan manusia yang terhormat ialah orang yang dapat memperkaya (menolong) daripada manusia".
Riwayat Baihaqi daripada Jabir
Keterangannya :
Nasihat malaikat Jibril ini bagus sekali untuk disampaikan oleh Rasulullah kepada ummatnya, agar berhati-hati dalam menjalani kehidupan.